Pilihan perabot dan cara penyusunannya membezakan suasana ruang tamu. Susun atur tempat duduk diiringi ciri-ciri keselesaan, bergaya dan penggunaan ruang yang maksima adalah antara kunci kebijaksanaan menghias ruang tamu.
Kat sini saya ada tips penyelesaian bagaimana nak susun supaya ruang tamu nampak kemas
- Kenali ciri-ciri/perkara yang tidak memuaskan hati anda mengenai cara susunan kerusi. Cara penyelesaiannya mudah saja iaitu susun semula set sofa dengan gaya lebih mesra untuk berbual,menjadikan ruang itu menepati fungsinya.
- Pelan lantai runag yang pelik? Daripada asyik mengangkat dan mengubah kedudukan perabot, lukis dulu pelan lantai ruang di atas kertas empat segi. Tanda kedudukan pintu,tingkap dan ciri-ciri kemasan dalaman lain. Ukur setiap jenis perabot dan lukis mengikut skal di atas sekeping kad. potong bentuk itu dan letak di atas lukisan pelan lantai. Setelah itu, barulah susun perabot mengikut pelan tersebut
- Adakah set Televisyen mendominasikan ruang? Rancang susunan kerusi supaya mudah diubah dan letak televisyen di atas kabinet gantung atau troli supaya tidak makan ruang.
- adakah kanak2 menggunakan ruang itu?Jika ya,guna banyak kusyen kecil, alas sofa dan pelapik lengan kerusi.Meja kopi kayu pula diaalas dengan kepingan kaca atau plastik supaya mudah dilaps.
Ok..hope tips Ecan di atas tidak lagi memusingkan kepala kamoq2 semua...
|
Susunan yang simple dan menarik. |
|
Ruang yang sempit dengan susunan yang kemas. |
|
Gaya ringkas menggunakan sofa fabrik dan meja TV. |
No comments:
Post a Comment