Assalamualikum w.b.r.t.h dan salam sejahtera....
Pertama sekali saya nak minta maaf kalau isu ini menimbulkan ketidakselesaan kepada mana2 pihak yang berkaitan. Saya cuma ingin melontarkan pendapat dan cuba untuk memberitahu bahawa semua pihak yang terlibat sangat2 tidak berpuas hati dengan tindakan pihak yang berwajib.
Berdasarkan pandangan itu, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan.
Bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan pandangan dan peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia.
Saya suka mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada kalangan kita termasuk saudara sendiri mengatakan ‘ya’ tetapi bagi saya ‘tidak’.
Antara faktornya kerana kehadiran GSTT. Jika kita teliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf ‘sandaran tidak terlatih’?
Pernahkah kita mendengar ‘akauntan sandaran tidak terlatih’ atau ‘doktor sandaran tidak terlatih’? Jawapannya ada pada saudara.
Menyedari realiti pada masa kini keperluan terhadap sistem pendidikan amat tinggi dan kritikal maka usaha dilakukan untuk menambahbaikan terhadap profesion dengan perguruan.
Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah ‘Memartabatkan Profesion Perguruan’ dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya ‘sifar GSTT’.
Saya mengakui GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan.
Mungkin dengan menyerap GSTT masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Apapun, saya sendiri tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.
Saya menyedari kecelaruan yang berlaku disebabkan tuntutan semasa dan kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar.
Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar.
Harus diingat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas mana-mana pihak.
Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan.
Kalau saudara ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru.
by Pkg Petaling
isu yg hangat diperkatakan oleh bakal2 guru..
ReplyDeletedan juga bakal GSTT yang akan diserap terus..
kasian ngn lepasan graduan.....
ReplyDelete