Thursday, 22 September 2011

:: PANGKAT PEROKOK ::

hAri2 semakin ramai perokok2....situ,sini..ada2 jer yang berkepul..ish2...udah2 ler merokok..aku pon dulu penagih tegar rokok..TEKAD...sekarang dah cuci tangan..Alhamdulillah..so,KORANG?BILA?x per2..slow2 la yer..c-ni ada info pasal rokok2 ni...bacala lau rajin..smga leh improve u2k kita semua..

1. Newbie

Orang yang baru belajar merokok, masih batuk-batuk lagi. Biasanya hisap rokok sebatang pun tak habis, hisap rokok berkongsi dengan orang lain. Kebanyakannya terjadi kepada kanak-kanak sekolah dan remaja.

Jumlah rokok dihisap: : 1-2 minggu sebatang sekali
2. Smoker sambilan

Orang yang sudah mengenali rokok, tapi masih rasa pahit-pahit kalau dah habis merokok , orang ini belum pernah membeli sekotak rokok, pasti dia hanya ‘mengepau’ kawan-kawannya.

Jumlah rokok dihisap: : Bergantung kepada keihklasan kawan-kawannya tapi biasanya 2/3 hari sekali
3. Aktivis smoke

Orang ini sudah membeli rokok di kedai. Biasanya sekali beli 1 batang atau 2-3 batang. Semasa merokok dia sudah tidak rasa pahit-pahit lagi apalagi batuk batuk.

Jumlah rokok dihisap: : 1 hari ~ 1-3 batang
4. Smokeholic

Orang ini sudah tahap ketagih merokok. Biasanya kalau rokok dia habis dia cepat-cepat ke kedai untuk membeli sekotak lagi walaupun sekotak biasanya habis dalam 2-3 hari. Namun jika dia menghisap rokok yang keras seperti m*rlboro merah dan sepertinya masih batuk-batuk lagi.
Jumlah rokok dihisap: : 1 kotak = 2/3/5 hari atau 5-6 batang sehari

5. Smoke addict /smoker

Kalau sudah menjadi penagih rokok memang susah nak berhentikan kebiasaannya ini. Semua jenis rokok sudah pasti dia boleh hisap. Orang ini sudah merasai nikmatnya rokok plus kopi.Biasanya di kalangan mahasiswa atau pekerja.

Jumlah rokok dihisap: : 1 kotak 2 hari malah boleh jadi sehari. Sehari tidak merokok hangin satu badan.
6. smoke maniac

Orang ini bukan lagi menjadi penagih tetapi boleh dinamakan perokok tegar. Hidupnya tanpa merokok seperti sudah tidak bermakna dan kekurangan sesuatu.

Jumlah rokok dihisap: : Sehari sekotak dan kadang-kadang lebih.
7. Smoke geek

Pangkat ini dah memasuki tahap awal dewa smoke. Sehari boleh 1 kotak lebih malah kadang-kadang 2 kotak, dia boleh habiskan. Sebelum atau selepas melakukan sesuatu pasti rokok di tangan, sudah terikat dengan rokok.Kalau dia tidak ada duit pasti melakukan apa cara untuk merokok.

Jumlah rokok dihisap: : 1 hari 1 atau 2 kotak.
8. Smoke freak

Sudah boleh dipanggil dewa buat pangkat ini. Seperti susah giler nak berhenti merokok. Mungkin juga untuk pangkat ini jika sakit jantung atau batuk-batuk darah baru boleh berhenti. Orang ini lebih memilih rokok dari makanan, sanggup tidak makan janji boleh merokok. Sehari boleh 2 kotak rokok dia habiskan.

Jumlah rokok dihisap: : 1 hari 2 kotak rokok kretek atau lebih
9. Made in smoke

Jika tidak ada duit rokok daun malah kertas pun boleh dihisap jika tidak ada duit nak beli rokok. Dalam sehari susah nak mengira berapa kotak batang sehari. Mungkin sejam boleh 3/4 batang dia merokok. Pendek kata kalau tengok orang ini pasti sedang pegang rokok
Jumlah rokok dihisap: : tidak diketahui banyaknya yang pastinya lebih dari 2 kotak sehari

FATWA ROKOK
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English):
Smoking From The Perspective Of Islam
Decision:
The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
So…? Sendrik mau ingat …
 by:myfreinds2u.com

:: BUNGA KERTAS ::

Saper kata Pokok Bunga Kertas tak lawa....pokok ini amat popular ketika dahulu dan sekarang telah pun menjadi pilihan dalamkalangan masyarakat sekarang. Untuk pengetahuan kita semua, bunga kertas atau Bahasa Inggerisnya " Bougainvillea " adalah bunga yang sentiasa berkembang dan berwarna warni sepanjang tahun dan menjadi pilihan tanaman di Tropika. Pokok bunga kertas diberi nama kerana ciri2nya yang nipis dan menyerupai kertas. Pokok bunga kertas tergolong dalam keluarga yang mengandungi 28 genus dan 250 spesis. terdapat 3 spesis utama bunga kertas di Malaysia iaitu B. glabra, B. Spectabilis dan B. Mrs Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesis ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai kelopak dan warna..
Untuk pengetahuan anda semua, pokok bunga kertas ini telah menjadi idea salah seorang pengubah bunga di Indonesia yang menjadikannya sebagai hobi dan punca pendapatan beliau...Di bawah adalah contoh gambar bunga yang telah digubahnya secara tersendiri.





Tuesday, 13 September 2011

:: SI KERDIL ::

Renek, rendang dan comel. Jika diabadikan dalam gambar, pandangan mata kita sering tertipu kerana menyangka ia adalah pokok agam yang tinggi. Namun, itulah antara keunikan bonsai yang menambat jiwa penggemarnya. seni Bonsai adalah seni warisan lama di China dan berkembang ke Jepun pada 1309 sehingga menjadi fenomena baru dan digilai, digemari oleh kebanyakan masyarakat. Di Malaysia sekalipon...ramai yang menggilainya sehingga sanggup membeli dengan RMK..Tidak hairanlah demi minatnyaa..tapi lau yang tak minat belum tentu sekali.
Selain itu, ia juga sinonim dengan masyarakat Cina dan perkataan bonsai adalah cantuman perkataan 'bon' bermaksud pasu dan 'sai' bermaksud ditanam...













3 kriteria utama Bonsai:
  1. Umur pokok yang tua
  2. Daun yang kecil
  3. Pokok tahan lasak
Tips penjagaanya:
  1. Kerja membentuk pokok dimulakan semasa umur 6 bulan
  2. Jika ingin pokok hidup lama, buang sebahagian kulit supaya dahan baru keluar
  3. Tanam dalam pasu yang kecil untuk membantutkanya(renek)
  4. Siram 2x sehari
  5. Baja 2x seminggu
  6. Buang daun mengikut keperluan
  7. Lilit dawai pada dahan untuk membentuk mengikut ciratasa anda

Monday, 12 September 2011

::BUNGKAH BATU LUAR BIASA DI ARAB SAUDI ::

TAHUKAH ANDA?

ARAB SAUDI : Sebongkah batu di sebuah kampung dalam kawasan al- Hassa, Arab Saudi didapati naik setinnggi 11 cm dari paras bumi pada bulan April setiap tahun dan berada dalam kedudukan tersebut selama 30 minit. Menurut cerita penduduk tempatan, pada bulan April 1989, seorang Mujahid yang bersembunyi disebalik batu tersebut telah dditembak mati. Darahnya terpercik mengenai batu tersebut dan kekal dibatu tersebut sehingga sekarang. Anehnya,setiap kali batu tersebut menaik,kesan darah bertukarwarna menjadi semakin terang seolah-olah baru melekat di situ. Masyarakat setempat telah beberapa kali mencuba untuk menghilangkan kesan darah tersebut dengan membasuhnya, tetapi ianya timbul semula tidak lama selepas itu.
 

Setahu kita, kisah batu terapung berlaku dalam peristiwa Isra’dan Mi’raj Rasulullah s.a.w. Kejadian batu di atas itu tidak dapat dipastikan apakah benar atau sebaliknya. Wallahu a’lam...(^_*)

:: CUKAI PERKHIDMATAN::

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai prkhidmatan terhadap tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. 

Berkuat kuasa 15 September ini, pengguna telefon mudah prabayar akan dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus apabila mereka membeli pek permulaan atau tambah nilai.
Mengulas langkah berkenaan, Rais berkata, keputusan itu termasuk di dalam tanggungjawab korporat di bawah perundangan, peranan perbendaharaan serta mekanisme percukaian yang diluluskan Parlimen.
"(Ini) perlu diselesaikan oleh pelbagai syarikat (telekomunikasi) itu sendiri. Kita tidak mempunyai peranan secara langsung terhadapnya," kata beliau selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya U Mobile Sdn Bhd di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, Rais enggan mengulas sama ada kerajaan akan meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mereka. 

Sejak pelancaran perkhidmatan prabayar pada 1998, syarikat telekomunikasi menyerap cukai itu, yang mereka dakwa sebagai cukai penggunaan dan boleh dikenakan terhadap pelanggan. 

Dalam kenyataan bersama pada Khamis, syarikat itu berkata, terdapat peruntukan bagi cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975, pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. 
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - BERNAMA 

Tuesday, 6 September 2011

Perginya Cinta.Y ?

CINTA?Pernah anda bercinta?Pernah ditinggalkan?urm.....

Jika cinta semakin pudar di hati, kasih sayang akan mula terhakis dan terancam walaupun kita masih bertekad mengatakan cinta itu tetap milik kita. sayangnya dalam perjuangan mempertahankan cinta atau mengembalikan cinta pasangan, apa yang berlaku adalah kita tidak kembali merebut cinta dengan cinta. Kita salah langkah, salah bertindak...Jesteru cinta semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauh untuk diraih keran kita membuatkan hubungan semakin jauh, semakin tegang dengan rasa marah,rasa baran dan sebagainya.Mengapa cinta semakin pudar,semakin hilang dan sukar dimiliki kembali..mungkin ini jawapanya :

1. Bertemu dengan orang lain
Salah satu sebab utama mengapa putus cinta, ialah apabila anda bertemu orang lain yang dirasakan sangat memahami jiwa raga anda. Anda juga merasakan sikap2 pasangan semakin membosankan malah anda mula melihat kelemahannya tidak kira cara penampilan,cara bercakap dan sebagainya. Jadi bila anda bertemu seorang yang bersesuaian, anda akan meninggalkan dirinya dan pergi kepada orang yang akan anda rasakan sesuai.

2. Cuai menjaga hati
Hati adalah satu perasaan yang sangat halus. hanya mereka yang benar-benar bercinta sahaja yang dapat merasainya. Namun ada kalanya mulut saja yang mengungkapkannya namun tidak dengan perasaan. Sebabnya setengah pasangan beranggapan, bila kata-kata sayang sudah diluahkan itu tandanya satu ikatan sudah termeterai. Namun jika hanya percakapan sahaja tetapi tidak disertakan dengan cara perbuatan dan sebagainya, hati tidak akan merasai nikmat cinta itu. Tidak hairanlah ia semakin pudar dan hanya tunggu masa untuk berpisah.
  
3. Bosan
Bila anda menjalinkan hubungan terlalu lama, terikat dengan satu komitmen, anda mudah bosan. Bila asyik bertemu orang yang sama, bekerja di tempat yang sama, belajar di tempat yang sama dan balik juga sama2 dan semua ini membuatkan suasana sangat membosankan...last cinta anda semakin pudar.

4. Jarak semakin jauh
Cinta memerlukan pengorbanan, kasih sayang dan sebagainya. Namun cinta semakin pudar bila mana hubungan anda semakin jauh terutama apabila anda sudah menjalin suatu hubungan terlalu lama. awalnya anda merasakan pasangan seorang yang sangat membosankan, lama kelamaan bila hati semakin menjarak, silap2 anda merasakan pasangan anda dinasour yang perlu dijauhi. Dan kadang2 bila gaduh dia berdekah2 gelak supaya meninggalkan dia....

5. Tiada lagi persefahaman.
semakin lama mengenali pasangan, anda sudah tahu baik dan buruknya. semakin banyak keburukan pasangan yang anda nampak, anda akan semakin menjauhi dirinya dengan pelbagai alasan. Selain itu, anda juga kerap bergaduh walaupun untuk hal-hal yang remeh temeh bila cinta tidak lagi wujud.

CP: Cinta Dear Haniey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...