Thursday 22 September 2011

:: BUNGA KERTAS ::

Saper kata Pokok Bunga Kertas tak lawa....pokok ini amat popular ketika dahulu dan sekarang telah pun menjadi pilihan dalamkalangan masyarakat sekarang. Untuk pengetahuan kita semua, bunga kertas atau Bahasa Inggerisnya " Bougainvillea " adalah bunga yang sentiasa berkembang dan berwarna warni sepanjang tahun dan menjadi pilihan tanaman di Tropika. Pokok bunga kertas diberi nama kerana ciri2nya yang nipis dan menyerupai kertas. Pokok bunga kertas tergolong dalam keluarga yang mengandungi 28 genus dan 250 spesis. terdapat 3 spesis utama bunga kertas di Malaysia iaitu B. glabra, B. Spectabilis dan B. Mrs Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesis ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai kelopak dan warna..
Untuk pengetahuan anda semua, pokok bunga kertas ini telah menjadi idea salah seorang pengubah bunga di Indonesia yang menjadikannya sebagai hobi dan punca pendapatan beliau...Di bawah adalah contoh gambar bunga yang telah digubahnya secara tersendiri.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...