Wednesday, 29 February 2012

::Di Baham HArimau::


Kejadian ni berlaku dekat Zoo India Timur Assam...lelaki ni cuba mengambil gambar harimau tersebut tetapi malangnya diterkam dan dibaham dengan seekor harimau tersebut...dia dikejarkan ke hospital tetapi malangnya meninggal dunia kerana berlaku pendarahan yang banyak....na'uzubillah...

Monday, 6 February 2012

:: 4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka ::




Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...wallahua'lam...

sumber motivasi : ustaz azhar

Wednesday, 25 January 2012

:: DOA TERGANGGU, TERKEJUT DAN KESEPIAN KETIKA TIDUR :

Selalunya manusia ada kalanya terjaga dari tidur tidak kira secara sengaja atau tidak sengaja.Kadangkala kita tersedar kerana terkejut atau pun diganggu oleh seseorang atau pun sesuatu yang tak boleh dilihat dengan zahirnya...aku sendiri pernah mengalaminya dan selalu mengalaminya...bukan diganggu oleh makhluk halus...tapi sebab bunyi bising kenderaan dok lalu lalang tepi rumah aku...hukhuk...ok serius...aku ada bertanya pada ustaz melalui emailnya tentang masalah selalu terjaga dari tidur..so, dia suruh baca ayat ni...alhamdulllah....dengan izinNya....jadi aku pun nak kongsikan bersama dengan sesiapa sahaja yang ada masalah sebegini..


MAKSUDNYA: " AKU MEMOHON PERLINDUNGAN DENGAN KALIMAH-KALIMAH ALLAH YANG SEMPURNA DARIPADA KEMURKAANNYA DAN AZABNYA DARIPADA KEJAHATAN HAMBANYA DAN DARIPADA HASUTAN SYAITAN-SYAITAN DAN DARIPADA SYAITAN MENDEKATIKU"

Selamat mencuba.....
.

Monday, 23 January 2012

:: SUARA DARI LANGIT::

Tahukah anda pada baru-baru ini suara aneh dari langit telah berlaku di Kota Samarahan, Sarawak munkin satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian- kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.
Mufti Perlis pula ada menyatakan dalam artikelnya pada 2 september tahun lepas tentang hadis Rasulullah yang menyatakan tentang huru hara besar akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadani di mana akan menyebabkan semua orang terjaga dari tidurnya. Katanya, hadis itu menggambarkan ada satu suara yang amat dashyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3 yang tinggal hanya 1/3 sahaja."Menurut kajian agensi angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat ( NASA ), pasa 21 Disember 2012 satu planet yang dikenali planet x akan melintasi bumi."Adakah kita tergolong dalam satu pertiga itu? Adakah ia akan berlaku pada 2012? Peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Rasulullah," katanya.
Hadis tersebut diriwayatkan daripada Nu'aim bin Hammad bahawa Rasulullah pernah bersabda : Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru hara di bulan itu. "Kami bertanya: suara apakah, ya Rasulullah?Rasulullah menjawab, " Suara keras" di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di Tahun terjadinya banyak gempa. "Jika kalian melaksanakan solat subuh pada malam Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang2nya, dan selimutlah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.
"Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucaplah : Mahasuci Al-Quddus, Mahasucu Al-Quddus, Rabb kami Al- Quddus, kerana barabgsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi sebaliknya akan binasa.

Sumber: mufti.perlis.gov.my
(Sinar Harian)

Tuesday, 17 January 2012

:: ROSAK BAHASA ::


Kasian aku baca karangan budak ni...kalau la cikgu Bahasa Melayu baca mesti sakit hati....tapi kalau aku baca memang nak pecah perut....ni la, bahasa Malaysia jangan dok pandang remeh...tengok..nak buat karangan pun susah..Tajuk lain...ceritanya lain...Konklusinya...memang patut kita pupuk anak-anak kita         " CINTAI BAHASA KITA"

:: MACAM-MACAM PLAT ADA ::








Kalau Malaysia boleh buat macam ni..wow...cun giler kereta...nanti boleh letak nama bapak skali...

Monday, 16 January 2012

:: BETUL KER MANDI MALAM BAHAYA? ::

Sejak zaman datuk moyang kita lagi dok kata mandi malam ni bahaya kan...macam jadi MITOS..Sehingga 90% rakyat Malaysia dihantui MITOS ni..BETUL kER? Dalam satu kajian, Dr.Anies Tan seorang doktor perubatan mengatakan tiada fakta mengatakan mandi malam boleh mendatangkan penyakit kepada manusia...
MALAH cuba menjawab dan mengatakan bahawa banyak kebaikan daripada mandi. Kita tengaok di bawah.

Kebaikan Mandi :
1. Mandi mempertingkatkan sistem imum.
2. Mengelakkan penyakit kulit seperti ekzema selain penyakit lain.
3. Mandian suam boleh mebuka riang roma dan membuang toksin dalam badan
4. Mandian air hangat boleh menghilangkan sakit otot. Jika steress mandian air sejuk lebih baik.
5. Mandi dapat merehatkan badan setelah kerja penat.
6. Mandi dapat membersihkan badan daripada kotoran, mengelakkan bau badan dan penyakit.

So, x der sebab mandi malam ti membahayakan kesihatan melainkan anda ada penyakit KRONIK seperti Pneumunia dan tinggal di iklim yang sejuk...pasni x der masalah la nak mandi malam ark...

Sunday, 15 January 2012

:: ROGOL KANAK-KANAK::

Ayyo..buat malu aja....kes2 macam ni patut dihukum dengan setimpalnya..jangan jadikan masa depan kanak-kanak itu menjadi musnah kerana sikap kebinatangan kamu....ikuti kisah lanjut di bawah..
KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan senyum bersahaja ketika diiringi polis keluar Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha bersabit kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun 9 bulan di sini, dua tahun lalu, mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mohamad Yuzwan Hamat, 26, dari Kampung Bukit Tiu, Machang mengaku bersalah merogol kanak-kanak terbabit di sebuah bilik di kampung sama antara jam 11 malam, 20 Januari 2010 dan 1 pagi, keesokan harinya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa masuk ke bilik tidur bersama adik perempuan tertuduh di rumah kakak iparnya di alamat berkenaan. Tertuduh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu ingin berjumpa mangsa sebelum masuk melalui tingkap serta merogol mangsa ketika adiknya sedang tidur.

Pada petang keesokan hari pengadu menceritakan kejadian itu kepada kakak iparnya dan pengadu kemudiannya membuat laporan polis. Tahu tentang laporan itu, tertuduh bertindak melarikan diri dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah bank di Chow Kit, Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, selepas dua tahun, tertuduh berjaya ditahan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 4 Januari lalu.
Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat terhadap tertuduh berdasarkan faktor usia mangsa yang masih di bawah umur.




sumber: sinarharian

:: BAUCHER BUKU 1 MALAYSIA ::


     11/1/2012,RABU- Tarikh ni ramai orang gembira terutamanya student..nak tau kenapa?Haa..sebab diorang dapat Baucer Buku...RM 200 lak tu..banyak tu..zaman abang2 kita dulu mana ada dapat macam ni...yerla dulu,kita pon paham ekonomi pun meleset..inflasi pun tinggi...eksport dulu pon apala sangat..sekarang ni kira ok la...usaha FELDA dapat membantu up kan lagi PY negara kita...ALHAMDULLILLAH...apa pun TERIMA kasih di atas usaha MURNI kerajaan kerana sudi membela nasib adik-adik kita...tapi sedikit terkilan dan kecewa bila aku tengok sikap-sikap pelajar yang tidak jujur...dah kalau rang bagi tu suruh beli buku..simpan jerla beli buku..tak payah nak pegi REWARD...sanggup reward daripada RM200 dapat RM 160..ish...mata duitan betul...ala..duit orang bagi jer pon.."ADA AKU KESAH"...come on la...u student...kena ada sikap tanggungjawab dan jujur..baru berkat hidup...ingatla...diorang suruh beli buku..tapi korang tukar wat beli benda lain...tak berkat ooo......ape2 jerla....pasni..korang pikir la balik....wallahwa'lam.....

:: BAHAYA KEPAK AYAM KEPADA WANITA ::

Nampak memang lazat kan....
Tahukah anda apa itu Pertumbuhan sista(cyst) dalaman dan kesannya kepada wanita.
Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.
informasikini.com

Saturday, 14 January 2012

:: 20 SIFAT GURU EFEKTIF ::

KALAU ANDA GURU, APAKAH SIFAT ANDA?ADAKAH SIFAT DI BAWAH INI TERSENARAI  DALAM DIRI ANDA? kALAU TAK ADA...ANDA PERLU belajar menjadi guru efektif? Apa saja prasyarat yang harus dimiliki? Ciri-ciri di bawah ini mungkin dapat membantu Anda mencari referensi untuk menjadi guru efektif.
1. Memiliki kadar pengetahuan yang maju di mata pelajaran
spesialisasinya.
Guru yang pengetahuannya sudah maju menghasilkan siswa yang nilainya lebih bagus dalam tes standar. Guru yang menguasai wilayah mata pelajarannya, lebih siap menjawab pertanyaan-pertanyan siswa dan menjelaskan konsep secara lebih baik. Tidak gugup dan penjelasannya tidak membingungkan. 

2. Berpengalaman mengajar (paling sedikit tiga tahun).
Guru yang berpengalaman cenderung tahu lebih baik apa aktivitas dan
praktik mengajar yang harus dipakai saat mengajarkan konsep-konsep
tertentu. Dia juga lebih mampu mengindividualisir pelajaran agar
cocok dengan kebutuhan setiap siswa.

3. Ucapannya jelas.
Guru dengan kemampuan verbal tinggi dan punya kosakata luas cenderung menghasilkan siswa yang dapat mengerjakan tes standar secara lebih baik.

4. Antusias.
Jika anda menunjukkan antusiasme saat mengajar, maka akan memotivasi siswa untuk belajar. Antusiasme dapat ditandai dengan penyampaian vokal secara cepat dan bersemangat., dengan gerak tangan, kontak mata yang bervariasi dan tingkat energi tinggi. Antusiasme guru juga diikuti dengan meningkatnya penyimpanan memori di kalangan siswa.

5. Peduli
Tunjukkan kepedulian yang tulus.
 Benar-benar memperhatikan kesehatan dan kehidupan pribadi siswa. Berikap ramah dan mau mendengarkan masalah siswa maupun orang tuanya. Sehingga suasana kelas terbangun menjadi hangat dan siswa berani ikut terlibat mengambil keputusan. Guru peduli sering menghadiri ekstrakurikuler siswa, melihat kegiatan konser atau pertandingan olah raga.

6. Ceria dan santai
Kepribadiannya amat baik karena menikmati kegembiraan dari
pekerjaannya sebagai pengajar. Ia berpartisipasi dalam kegiatan
dengan siswa, punya rasa humor yang baik dan akan sering tertawa
bersama siswa.

7. Siap bekerjasama dengan guru lain maupun orang tua siswa.
Guru efektif dapat bekerja dengan guru profesional lainnya, serta berbagi ide mengenai pendidikan. Ia punya pengetahuan lebih baik tentang sumber-sumber pengajaran yang tersedia. Ia suka mengerima saran konstruktif dari kolega dan orang tua siswa, mau mengakui kesalahannya dan membetulkannya segera.

8. Berniat memperbaiki kecakapan mengajarnya dan memajukan pendidikannya.
Guru efektif antusias belajar-hadir dalam ceramah, ikut pelatihan, kalau perlu sampai beberapa hari – agar tetap mutakhir. Belajar baginya adalah proses yang berjalan terus
9. Kelasnya secara struktural teratur baik untuk memaksimalkan waktu mengajar.
Sumber / bahan yang biasa dipakai seperti kamus, kertas, gunting dan sebagainya ditaruh di tempat tinggi tapi bisa dijangkau agar kelas rapi. Bangku-bangku siswa diatur sedemikian rupa untuk memaksimalkan efektivitas mengajar.
10.Menempelkan aturan pada dinding kelas.
Guru efektif menghabiskan sebagian besar waktu di pekan pertama tahun pelajaran untuk memberi tahu siswa tentang aturan/prosedur kelas. Dengan cara ini, siswa tahu apa yang diharapkan, sehingga guru tak perlu buang waktu mendiskusikan prosedur rutin sehari-hari
11. Menempelkan karya semua siswa di dinding kelas.
Hal ini bermanfaat untuk mempertinggi motivasi siswa, menjadikan siswa merasa bagian dari proses belajar. Secara rutin, pajangan karya diganti, guna mencerminkan pengetahuan terbaru siswa.
12. Menjaga waktu transisi antar kegiatan sesedikit mungkin.
Agar tidak membuang waktu pelajaran, guru efektif menjamin kelancaran transisi antar kegiatan dengan gangguan sekecil mungkin. Meminta siswa mengerjakan berbagai tugas – mengeluarkan PR, memeriksanya bersama-sama seluruh kelas, memasukkan kembali ke dalam tas, membuka buku pelajaran di halaman tertentu. Hal ini penting karena kegiatan-kegiatan transisi tersebut dapat menyebabkan hilangnya banyak waktu.
13. Masuk kelas dalam keadaan siap
Ia benar-benar siap mengajar setiap hari. Semua pekerjaan, memfoto-kopi dan menilai sudah selesai sebelum hari pelajaran dimulai. Dan seandainya ada kejadian tak terduga, guru siap dengan materi ekstra. Setiap materi disiapkan sebelum pelajaran dimulai.
14. Dorongan positif.
Mskipun kiritk yang membangun itu berfungsi, guru menekankan kualitas positif siswa dan bukan kualitas negatifnya. Siswa mendapat pujian jika mengerjakan tugas dengan hasil bagus dan memenuhi harapan guru.

15. Memonitor dan menangani gangguan kecil di kelas.
Guru efektif terus memonitor perilaku siswa. Siswa yang perilakunya berpotensi merusak, ditangai secara langsung dan dicegah agar tidak berkembang jadi lebih besar atau serius.
16. Suka berkeliling.
Ia tak hanya duduk di belakang meja ketika siswa-siswanya menyelesaikan tugas, tetapi berinisiatif mendekati siswa yang mungkin perlu bantuan, tanpa menghabiskan waktu terlalu banyak dengan seorang siswa saja.

17. Mendisiplinkan siswa secara adil dan wajar
Ia tak memakai metode membetulkan dengan menertawakan dan mengejek siswa. Diterapkannya secara konsisten kepada semua siswa. Penalaran di balik aturan dan hukuman dijelasakan secara logis dan masuk akal.

18. Menyampaikan harapan akademik yang tinggi.
Ada korelasi positif yang kuat antara tingkat harapan guru untuk berhasil dengan akademik seorang siswa. Tak mengherankan jika diketahui bahwa siswa dengan pencapaian terendah (20%) dari suatu kelas, cenderung paling sedikit menerima perhatian/dorongan guru.

19. Menunjukkan suatu tingkat perencanaan dan organisasi yang tinggi.
Ia mampu menginformasikan kepada siswa dan orang tua siswa mengenai rencana pelajaran terinci dan dimengerti. Pada tingkat sekolah menengah atas, khususnya, siswa diberi suatu silabus (garis besar)  mata pelajaran pada awal tahun dan ia menaatinya. Pengorganisasian tampak jelas dalam tata ruang kelasnya: rapi, mejanya bersih teratur, rak bukunya tertata, begituopun meja siswa dimintanya rapi-teratur.

20. Mengajar berdasarkan teori dan praktik pendidikan yang kuat.
Segala sesuatu yang dilakukan guru efektif di kelas dapat dipertahankan dan dibenarkan sesuai penemuan dan data yang diambil dari penelitian. Seorang guru yang tak mengikuti praktik pendidikan yang dibenarkan, sama saja melakukan perbuatan tidak terpuji kepada siswa.


BY; Asep Safa’at S.Pd
Praktisi dan Trainer Pendidikan Lembaga Pengembangan Insani Dompet
Dhuafa, Parung-Bogor. Diterbitkan oleh Majalah Teachers Guide Volume 02 Edisi 06.08

:: MAKYONG ::

APA ITU MUZIK MAKYONG? OK...Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:

Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.
Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.
Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.
Peralatan Muzik

Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi.
Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang.
Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh.


  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...